Thursday, July 9, 2020

KAYUH DAN LAKAR | Bagaimana ia bermula...

Kayuh dan Lakar | Cycle And Scetch

Bagaimana ia bermula...( how it started...)





Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sudah agak lama tak menulis dalam Blog...rasa nya perlu mula menulis dan mencatat semula.

Siri Kayuh dan lakar ni dah beberapa tahun dilakukan , tapi  ia tenggelam timbul, sekejap kayuh, yang lamanya berhenti kayuh....( so basikal  jadi mcm dok dalam muzium ler ).  Idea ini timbul apabila mula mula beli basikal Mountain Bike ( Brand XDS) , basikal biasa jer.....boleh ler nak kayuh.  Apabila dah kayuh , mula le  nampak subjek yang menarik untuk dilukis apabila berhenti berehat . Mulanye setakat ambik gambar jer...kemudian dapat idea untuk bawa buku sketch dan alatan melukis dan mewarna.Itu ler yang datang nya idea KAYUH DAN LAKAR.

Kayuh pun tak jauh , sekitar kawasan Kulim dan kawasan Pulau Pinang yang bersempadan ( tak larat nak kayu jauh jauh ) . Lagipun saya lebih suka solo ride, senang nak berhenti mana mana lokasi yang menarik tanpa terikat dengan rakan rakan lain.....

So kita kongsi dulu koleksi koleksi dalam KAYUH DAN LAKAR....







Kat atas ni antara koleksi yang dulu dulu..sekitar bermula 2016 rasanya.

Jom kita tengok pula koleksi yang terkini , Tahun 2020 , pasca COVID -19, semasa musim PKP dah mula dilonggarkan dan mendapat kebenaran untuk mengayuh basikal...














Yang tak syok nya, hari cuti jer boleh kayuh, terutamanya cuti panjang....bila dah start kerja balik ni, yang berCUTI nye Basikal ler.....tak pa , kita jumpa lagi dalam siri KAYUH dan LAKAR yang seterusnya...

Assalamualaikum,

oleh Che'Ross
Kayuh dan Lakar  | Cycle and Scetch
2020