Wednesday, December 14, 2011

Rehat Di Laman

Title  :  Rehat Di Laman
Medium  : Water colour on Paper
Dec 2011

Mengenengahkan tema mencari ketenangan dan bersantai di kawasan laman sendiri. Di tengah rimbunan pepohon yang menghijau sambil bersandar atas bantal lembut di atas kerusi kayu yang keras...Moga ada ketenangan di sini...

Thursday, December 8, 2011

Mencari Sesuap Rezeki - The Series

 Title : Beca Tua...
 Medium :  Water colour on Paper
Year  2011

Sinopsis :
Sebagai antara sumber pengangkutan suatu ketika dulu, ia menjadi sumber pendapatan bagi mereka yang mampu memiliki beca ini..Kini ia semakin luput dek telan zaman..ramai sudah mampu memiliki kenderaan sendiri, khidmat beca makin dilupakan. Namun masih ada insan yang menghabiskan sisa-sisa usia mereka mencari rezeki dengan menggunakan beca ...Beca tua ini masih terus setis berkhidmat untuk tuannya....

Saturday, December 3, 2011

Tempat berkarya tahun 2011

Sepanjang cuti sekolah ni...inilah tempat ku menyiapkan beberapa artworks yang tertangguh....moga sempat siap beberapa Artwork.lama...dan dapat idea untuk artwork baru

Friday, December 2, 2011

Still Got Love.....( Masih ada kasih sayang )

 Title  :  Still Got Loves...( MAsih ada Kasih Sayang)
Medium  :  Oil on canvas
Size        :   46  cm  x  46  cm    ( Year  2011 )

Sinopsis :
 Menyemai satu perasaan yang bermakna buat setiap yang bernyawa..tidak kira manusia ataupun makhluk yang bernyawa yang lain...Sesungguhnya di bumi ini setiap insan berhak mendapat kasih sayang yang setimpalnya...Setiap yang ingin menerima nilai kasih sayang seberhaknya ia mestilah memberi kasih sayang terlebih dahulu...barulah perasaan sayang menyayangi itu wujud.....
Walaupun nilai kasih sayang semakin hilang...tetapi yakinlah..."masih ada kasih sayang"....terutamanya kasih Pencipta terhadap Makhluk-Nya.......

Wednesday, May 4, 2011

Allahyarham Tan Sri Dr.P.Ramlee

Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee
Medium : Pencil on A3 Paper
2010



Potret ini dilukis sebagai penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee sebagai bekas murid tempat pertama aku mengajar.  Ramai lagi insan yang berjaya mendapat pendidikan dari Francis Light School pada suatu ketika dahulu. Justeru untuk menyingkap dan  menghargai semula tempat bersejarah ini, maka terhasillah Galeri SKFL  yang aku usahakan sedikit demi sedikit mulai tahun 2010. Moga ada kesinambungan dari generasi akan datang supaya kita tidak melupakan sejarah dahulu kala.

Potret ini boleh dilihat di dalam Galeri SKFL.

Monday, May 2, 2011

Mencari Rezeki The Series No.1


Title                  :Mencari Rezeki Series No.1         ( Januari 2011 )
Medium            : Water colour on Paper   ( 56 cm x 38 cm )

Dalam menyingkap susah payah kita sebagai manusia yang sentiasa perlu berusaha untuk mencari rezeki yang halal di muka bumi Allah ini. Walau susah mana sekali pun kita perlu berusaha mencari rezeki. Pelbagai rezeki yang Allah wujudkan di muka bumi ini...terpulang kepada kita sebagai makhluknya, sama ada berputus asa ataupun tetap gigih berusaha mencari keberkatan Nya.