Wednesday, May 4, 2011

Allahyarham Tan Sri Dr.P.Ramlee

Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee
Medium : Pencil on A3 Paper
2010



Potret ini dilukis sebagai penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee sebagai bekas murid tempat pertama aku mengajar.  Ramai lagi insan yang berjaya mendapat pendidikan dari Francis Light School pada suatu ketika dahulu. Justeru untuk menyingkap dan  menghargai semula tempat bersejarah ini, maka terhasillah Galeri SKFL  yang aku usahakan sedikit demi sedikit mulai tahun 2010. Moga ada kesinambungan dari generasi akan datang supaya kita tidak melupakan sejarah dahulu kala.

Potret ini boleh dilihat di dalam Galeri SKFL.

Monday, May 2, 2011

Mencari Rezeki The Series No.1


Title                  :Mencari Rezeki Series No.1         ( Januari 2011 )
Medium            : Water colour on Paper   ( 56 cm x 38 cm )

Dalam menyingkap susah payah kita sebagai manusia yang sentiasa perlu berusaha untuk mencari rezeki yang halal di muka bumi Allah ini. Walau susah mana sekali pun kita perlu berusaha mencari rezeki. Pelbagai rezeki yang Allah wujudkan di muka bumi ini...terpulang kepada kita sebagai makhluknya, sama ada berputus asa ataupun tetap gigih berusaha mencari keberkatan Nya.