Monday, December 10, 2012

Kuala Gula ...erti sebuah kehidupan...

Pada awal Disember lepas, sempat bermalam di Kuala Gula Sanctuary Resort..di sini popular dengan kehadiran burung-burung di kawasan hutan paya bakau  dan juga dengan kegigihan nelayan-nelayan mencari rezeki. Di sini juga terkenal dengan penternakan 'ketam lembut' dalam sangkar . Masakan ketam lembut goreng tepung mungkin tidak dapat dilupakan walaupun harganya mencecah RM6.00 seekor.

Duduk di chalet atas air juga satu kelainan...sambil mendengar derauan bot-bot nelayan yang lalu lalang di depan balkoni chalet. Bunyi burung juga sedikit sebanyak memberi hiburan..jauh dari hiruk pikuk kota....

Suasana di depan Chalet....di waktu petang..

Nelayan-nelayan yang gigih di sini bukan semuanya golongan lelaki, namun ramai juga wanita dan anak-anak ( mungkin ) yang turut sama turun ke laut mencari rezeki. Mungkin tidak pergi ke laut luas, namun berpanas dan berhujan di kuala ini juga membayangkan kegigihan mereka menyara keluarga.


Sesungguhnya Kuala Gula ini mengajar kita erti sebuah kehidupan. Rezeki boleh dicari di mana-mana selagi kita ingin berusaha.  Kuala Gula bukan sekadar tempat manusia mencari rezeki , tetapi tempat burung-burung  bertumpu untuk berkongsi anugerah alam ciptaan Allah.


Keindahan suasana pagi di Kuala Gula.....ketika mentari bula bersinar..

Kuala Gula, Perak.
Dalam kembara mencari erti kehidupan...
dari lensa..
Che'Ross
Disember 2012

No comments:

Post a Comment