Thursday, July 9, 2020

KAYUH DAN LAKAR | Bagaimana ia bermula...

Kayuh dan Lakar | Cycle And Scetch

Bagaimana ia bermula...( how it started...)





Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sudah agak lama tak menulis dalam Blog...rasa nya perlu mula menulis dan mencatat semula.

Siri Kayuh dan lakar ni dah beberapa tahun dilakukan , tapi  ia tenggelam timbul, sekejap kayuh, yang lamanya berhenti kayuh....( so basikal  jadi mcm dok dalam muzium ler ).  Idea ini timbul apabila mula mula beli basikal Mountain Bike ( Brand XDS) , basikal biasa jer.....boleh ler nak kayuh.  Apabila dah kayuh , mula le  nampak subjek yang menarik untuk dilukis apabila berhenti berehat . Mulanye setakat ambik gambar jer...kemudian dapat idea untuk bawa buku sketch dan alatan melukis dan mewarna.Itu ler yang datang nya idea KAYUH DAN LAKAR.

Kayuh pun tak jauh , sekitar kawasan Kulim dan kawasan Pulau Pinang yang bersempadan ( tak larat nak kayu jauh jauh ) . Lagipun saya lebih suka solo ride, senang nak berhenti mana mana lokasi yang menarik tanpa terikat dengan rakan rakan lain.....

So kita kongsi dulu koleksi koleksi dalam KAYUH DAN LAKAR....







Kat atas ni antara koleksi yang dulu dulu..sekitar bermula 2016 rasanya.

Jom kita tengok pula koleksi yang terkini , Tahun 2020 , pasca COVID -19, semasa musim PKP dah mula dilonggarkan dan mendapat kebenaran untuk mengayuh basikal...














Yang tak syok nya, hari cuti jer boleh kayuh, terutamanya cuti panjang....bila dah start kerja balik ni, yang berCUTI nye Basikal ler.....tak pa , kita jumpa lagi dalam siri KAYUH dan LAKAR yang seterusnya...

Assalamualaikum,

oleh Che'Ross
Kayuh dan Lakar  | Cycle and Scetch
2020


Tuesday, May 14, 2013

Journey to Pangkor.. a family trip

A vacation with my family..
enjoy the scenary
..keindahan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa


Keindahan waktu senja di Pantai Pasir Bogak, Pangkor

Menunggu Senja Berlabuh

Selesai berkhidmat

The Golden Moment, Telok Nipah, Pangkor
Telok Nipah , Pangkor
Coral Island, Pangkor
Beach...
Anjungan Hotel and Resort, Teluk Npah, Pangkor


from my view and my camera......

Thanks, Che'Ross  2013

Wednesday, December 12, 2012

Abstrak Khat in Watercolour

Salam..
selepas berbulan-bulan tidak memegang berus..bersama beberapa lukisan yang masih terbengkalai..semalam, 11.12.2012 digagahi juga tangan ini menarikan berus bersama percikan warna air ( watercolour) ...

Hasrat untuk mencari pasangan kepada Khat kalimah Bismillah...yang dilukis pada tahun lepas..menjadi ilham untuk menyiapkan 2 keping lukisan dengan menggunakan medium watercolour ni..

dari jam 3.00 ptg hingga 5.30 petang bertungkus lumus..maka terhasillah 2 keping khat ini:

Kalimah Allah..
tiada Tuhan lain yang disembah melain Allah..

"Allah"
Watercolour on paper
A3 size ( unframed)
11.12.2012
by Che'Ross


Muhammad
bahawa Nabi Muhammad  s.a.w itu pesuruh Allah...

"Muhammad"
Watercolour on paper
A3 size ( unframed)
11.12.2012
by Che'Ross


Semoga diri akan bersemangat kembali untuk melukis. ..
jazakallah...

Che'Ross
12.12.12

Monday, December 10, 2012

Kuala Gula ...erti sebuah kehidupan...

Pada awal Disember lepas, sempat bermalam di Kuala Gula Sanctuary Resort..di sini popular dengan kehadiran burung-burung di kawasan hutan paya bakau  dan juga dengan kegigihan nelayan-nelayan mencari rezeki. Di sini juga terkenal dengan penternakan 'ketam lembut' dalam sangkar . Masakan ketam lembut goreng tepung mungkin tidak dapat dilupakan walaupun harganya mencecah RM6.00 seekor.

Duduk di chalet atas air juga satu kelainan...sambil mendengar derauan bot-bot nelayan yang lalu lalang di depan balkoni chalet. Bunyi burung juga sedikit sebanyak memberi hiburan..jauh dari hiruk pikuk kota....

Suasana di depan Chalet....di waktu petang..

Nelayan-nelayan yang gigih di sini bukan semuanya golongan lelaki, namun ramai juga wanita dan anak-anak ( mungkin ) yang turut sama turun ke laut mencari rezeki. Mungkin tidak pergi ke laut luas, namun berpanas dan berhujan di kuala ini juga membayangkan kegigihan mereka menyara keluarga.


Sesungguhnya Kuala Gula ini mengajar kita erti sebuah kehidupan. Rezeki boleh dicari di mana-mana selagi kita ingin berusaha.  Kuala Gula bukan sekadar tempat manusia mencari rezeki , tetapi tempat burung-burung  bertumpu untuk berkongsi anugerah alam ciptaan Allah.


Keindahan suasana pagi di Kuala Gula.....ketika mentari bula bersinar..

Kuala Gula, Perak.
Dalam kembara mencari erti kehidupan...
dari lensa..
Che'Ross
Disember 2012

Monday, December 3, 2012

Potret in Black and White

Kayla...

anak saudara yang terbaru...
rakaman potret ketika usia mencecah 3 bulan
with my:
Nikon D7000
f/2.8
1/80
ISO 1000
nikkor lens 50 mm
November 2012

Sunday, December 2, 2012

Mencari Sesuap Rezeki   The Series..


Rezeki Bonda



Mencari Sesuap Rezeki : Siri 3
" Rezeki Bonda"
Watercolour on paper ( unframed)
2012
by Che'Ross
Salam...lama tak berblog.....
dah lupa pulak caranya...ni satu percubaan...salah satu bidang Arts...
Seni Foto....

with my photoshoot...........

Ninjago...

my son toys.....try close up dengan 50 mm lens ...


Mentari Pagi di Pantai Cahaya Bulan

Nature photoshoot....with my 105 mm lens